Video Johan As'ari Marah Dan Ingin Menumbuk Muka Budak Myvi Yang Menyebabkan Kematian 3 Orang Tidak berdosa Di Lebuhraya DUKE




Seperti yang kita ketahui, kereta jenama Myvi memang hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini akibat kemalangan yang menyebabkan kematian 3 orang tidak berdosa di lebuhraya DUKE. Secara ikhlas, bukanlah salah kereta Myvi. Kalau bawa kereta Ferrari sekali pun tetapi memandu tak ikut peraturan, nak berlumba, membahayakan orang lain, memang boleh menyebabkan kemalangan. Benda-benda sebegini adalah salah pemandu itu sendiri. Bukannya salah jenama kereta.


Agak menyedihkan juga apabila pemandu-pemandu Myvi yang lain menjadi mangsa kegeraman para pemandu Malaysia. Ada kereta yang sengaja dikemekkan, sengaja di’cucuk’ ketika di jalanraya dan sengaja dijeling dengan pandangan tak puas hati. Kesian para pemandu Myvi di Malaysia. Apa pun, menurut Johan, videonya ini adalah untuk memberi nasihat kepada umum. Kata Johan As’ari:-


Satu Malaysia telah maklum tentang kemalangan di Lebuh Raya DUKE yang mengorbankan tiga nyawa berpunca daripada pemandu Myvi. Sebagai rakyat negara ini saya ingin bertegas untuk memberi pandangan melalui cara yang tersendiri.
Saya bukan hendak mencari fasal dengan pengguna Myvi tetapi disebabkan isu tersebut menjadi perbualan ramai sekarang dan bila saya sebut kereta lain ia mungkin tidak menarik. Mengenai perkara itu bukan saya nak kata pemandu Myvi teruk tetapi saya cuma ingin memberi nasihat kepada umum.
Apa yang saya hendak sampaikan ini sebenarnya positif dan tidak ada sifat dengki terhadap sesiapa kerana orang yang bijak mereka akan faham dan saya bercakap menggunakan otak.



                                 

 Mungkin Johan As’ari di masa hadapan boleh tamatkan videonya dengan gelak ketawa untuk menandakan ia sekadar gurauan dan bukanlah satu perkara yang serius. Menjadi sangat lakonan yang dilakukan olehnya sampai ramai orang anggap Johan memang nak tumbuk budak Myvi betul-betul. Itu yang hangat diperkatakan tue. Apa pula kata anda?

Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment