Terkini: Ayah Emma Maembong Tak Puas Hati Sikap Dengan Zizan Razak

Click Gambar



Ayah kepada pelakon utama Projek Memikat Suami.. Emma Maembong iaitu Ismail Embong melahirkan rasa yang tidak puas hati dengan kenyataan dari Zizan Razak beberapa hari lepas.

Zizan Razak sebelum ini pernah berkata dia sedia membuat majis secara sederhana jika berkahwin dengan Emma Maembong tapi dia juga perlu berlaku adil kepada peminat kerana dia milik masyarakat katanya lagi.

“Tidak perlu hormat permintaan orang tua ini kerana orang tua ini tidak meminta, tetapi hanya memberi kata dua atau syarat sahaja. Jika tidak ditunaikan sila pergi katanya!

“Aku mahukan orang yang milik Allah sahaja dalam keluarga, bukannya milik masyarakat. Mengapa meletakkan diri kita lebih rendah dari itu?

Dimiliki masyarakat, bukan Allah?

“Memujuk? aku cuma meminta hukum Allah diutamakan,itu sahaja. Jika ditentang keluarga, maka sudah dianggap derhaka katanya. Tidak kisahlah anak-anakku yang masuk bidang lakonan dikritik dan digosip kerana mereka sedia maklum itu risiko yang datang bersama glamor. Tetapi usah sentuh diri aku secara peribadi katanya lagi..
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment