ANDA TIDAK AKAN PERCAYA INILAH SEBAB MENGAPA KFC DISUKAI RAMAI



Tidak dinafikan bahawa bisnes makanan segera KFC adalah antara restoran franchais paling terkenal bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Dengan menggunakan trademark “It’s finger lickin’ good”,ia sememangnya sedap sehingga menjilat jari . Yummyy !!

KFC memang terkenal, tapi tahukah anda apa cerita di sebalik kejayaan KFC? Selama ini kita main baham jer ayam goreng KFC tu tanpa mengetahui asal usulnya. Yang kita tahu ialah pengasasnya ialah seorang lelaki berambut putih, bermisai putih, berjanggut putih ala-ala kambing, berkacamata, dan memakai bowtie hitam serta berpakaian sut putih.

Colonel Harland D. Sanders2

Dalam entri ini, saya nak berkongsi beberapa fakta sejarah KFC yang jarang diketahui oleh rakyat Malaysia.

1. Pengasas KFC bernama Colonel Harland D. Sanders lahir pada 9 September 1890.

2. Pada tahun 1986, ketika berumur 6 tahun, ayahnya telah meninggal dunia dan Colonel mengambil alih tugas memasak untuk keluarganya manakala ibunya keluar bekerja.

3. Sanders memalsukan tarikh lahir dan didaftarkan dalam Tentera Darat Amerika Syarikat pada usia enam belas tahun, melengkapkan keseluruhan komitmen perkhidmatan di Cuba.

4. Pada sekitar tahun 1930an, Colonel telah melakukan banyak jenis pekerjaan termasuk:. steamboat pilot, jurujual insurans, bomba kereta api dan petani sebelum dia mula memasak untuk para pengembara yang kelaparan di pusat servisnya di Corbin, Kentucky, ketika berusia 40 tahun. Ayam gorengnya sangat bagus. Dia kemudiannya membuka satu restoran di sepanjang jalan Corbin.

5. Ketika berusia 50 tahun, Colonel menyempurnakan ayam Resipi Originalnya dengan menggunakan kombinasi 11 herba dan rempah ratus dan kemudian memasaknya dengan teknik pressure-cooked. Dia kemudiannya menerima pengiktirafan “Kentuck Colonel”.

6. Pada sekitar tahun 1950an, Colonel Sanders mengembara ke seluruh Amerika dan Canada dengan menggunakan kereta. Dia bergerak dari restoran ke restoran untuk franchaising bisnes ayam gorengnya.

7. Di Malaysia, restoran KFC pertama dibuka di Jalan Tunku Abdul Rahman pada tahun 1973. Kini terdapat lebih 500 cawangan KFC di selurh negara dan berpuluh ribu lagi di seluruh dunia.


Untuk pengatahuan anda semua gelaran Sanders ‘Colonel’ adalah satu kehormatan; Ia telah dicipta oleh seorang ahli Honorable Order of Kentucky Colonels dalam 1935 oleh Kentucky Governor Ruby Laffoon. “It’s finger lickin’ good” ialah moto pengiklanan KFC selama bertahun-tahun. Dalam 1991, syarikat mengubah namanya dari Kentucky Fried Chicken ke KFC, nampaknya dalam satu usaha memisah-misahkan sendiri dari istilah “digoreng”. Tiada kebenaran bagi khabar angin yang kehendak Sanders menentukan yang 10% keuntungan-keuntungan KFC jadi diberikan kepada Ku Klux Klan.Laman web KFC menyatakan, resipi rahsia Colonel disimpan terkunci dalam sebuah peti besi di Louisville, Kentucky. - bawakukebulan
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment