6 Sebab Kembara Mahkota Johor 2015 Paling Awesome & Lebih Dekat Di Hati Rakyat



Kembara Mahkota Johor 2015 kembali dengan tema “Muafakat Bangsa Johor”. Program jelajah yang dijadualkan selama empat hari bermula semalam itu seperti biasa mendapat sambutan yang cukup luar biasa daripada rakyat Johor.

KMJ 2015 akan menyaksikan Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, melawat 10 daerah di Johor.

Memasuki hari kedua, pelbagai momen-momen menarik sempat dirakamkan oleh lensa kamera namun apa yang menarik perhatian kami ialah beberapa buah motor berkuasa tinggi yang digunakan oleh Sultan Ibrahim, TMJ Tunku Ismail, dan TPJ Tunku Abdul Rahman. Memang power!


Seperti biasa, Sultan Johor dan motor ‘harimau’ yang garang!


Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, objektif penganjuran Kembara Mahkota Johor kali ini adalah merapatkan hubungan antara rakyat, pemimpin dan Istana Johor.

Pada masa sama kembara ini juga bertujuaan merapatkan hubungan antara kaum.


Tunku Abdul Rahman dan Ducati! Awaa saia taa kuad!


Amacam smart tak Ducati Tunku Abdul Rahman ni?




Kembara pertama TMJ & Che Puan Khaleeda sebagai suami isteri



TMJ dan Che Puan Khaleeda turut serta dalam kembara tahun ini. Lebih manis, ini kembara pertama mereka sebagai suami isteri. Motor apa ye TMJ bawa itu? Besar sungguh.

Sultan Johor main tarik upih, comel!





Gelagat Sultan Johor mencuba permainan tradisional tarik upih ini sungguh mencuit hati. Ouh rupanya lawan dengan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Khaled Nordin.

Agak-agak siapa yang menang?



Tunku Jalil turut serta



Bagi memeriahkan acara kembara tahunan ini, Tunku Jalil turut serta. Tapi naik kereta jela hihi.


Kecomelan Tunku Bobo



Sebagai yang paling muda dan kecil mestilah Tunku Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Tunku Bobo mengikuti kembara ini.

Iyalah kita kecil-kecil dulu pun selalu ‘mengekor’ je dengan mak ayah kan.



Tengok TMJ siap bonceng dia lagi tau. Hihi comel!




Walaupun Kembara Mahkota Johor ini berakhir esok, namun sambutan serta kemeriahannya cukup luar biasa. Semoga Kerabat Diraja Johor sentiasa dirahmati Allah dan disayangi rakyat.





Sumber Foto : Johor Southern Tiger, Brotherhood Johor, Transformasi Bangsa Johor, Tunku Jalil, Ohbulan
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment