Kerana Sakit Kulit, Bayi Ditinggalkan Ibu Kandungnya
Setiap ibu yang mengandung pasti inginkan anak mereka lahir dalam keadaan sihat dan sempurna. Tapi sebagai ibu adakah anda sanggup menerima kenyataan bahawa anak anda bukanlah lahir seperti yang anda harapkan? Adakah anda masih menerima keadaan anak anda yang mempunyai sakit kulit yang luar biasa? Atau anda akan bagi anak anda kepada orang lain kerana malu?
Kebanyakan ibu akan menerima, tetapi berbeza pula dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Mamata Dote. Dia tidak boleh menerima kenyataan bayi yang baru dilahirkan mempunyai sakit kulit yang menyebabkan anaknya kelihatan lebih tua dan berkedut. Bayi tersebut dilahirkan tidak cukup bulan dan hanya seberat 800gram.
Berita tersebut tersebar luas ke seluruh kampung. Disebabkan malu anaknya itu tidak sama seperti anaknya yang lain, Mamata Dote mengambil keputusan untuk meninggalkan anaknya. Mujurlah, datuknya menerima cucunya seadanya dan sanggup menjaga bayi tersebut.
Walaupun tidak mempunyai duit yang cukup untuk membeli susu dia hanya memberi bayi tersebut susu kambing sahaja dan berjanji akan menjaga bayi tersebut sebaiknya. Inginkan yang terbaik buat cucunya, dia ke Hospital Wadia di Mumbai untuk mendapatkan rawatan. Dia bersyukur cucunya kini berada dalam jagaan orang-orang yang baik secara percuma.
Bayi tersebut akan tinggal di hospital berkenaan hingga benar-benar sihat.
0 comments:
Post a Comment