Akibat Tidak Tahan, Bella Buat Laporan


Muak dan menyampah terhadap segelintir pembenci, penyanyi dangdut Bella Shofie memfailkan laporan polis atas sikap melampau mereka.

Bella atau nama sebenarnya Sopina Rutami Nasution memang tidak asing lagi dalam dunia hiburan Indonesia. Selain diperhatikan kerana bakatnya, dia sering terpalit dengan cerita sensasi dan kontroversi.

Biarpun begitu, artis wanita yang pernah menjadi model itu mempunyai ramai pengikut di Instagram hingga jumlahnya mencecah 517,000 setakat hari ini dan anda tidak boleh mengintai posnya sembarangan.

Disebabkan akaunnya 'dikunci' peminat perlu mendapat kebenaran daripada Bella terlebih dulu.

Artis berusia 23 tahun itu sering dikecam kerana menjalani kehidupan seperti puteri raja walaupun didakwa bukan lahir dalam kalangan keluarga bangsawan.

Dia juga pernah dikaitkan dengan pelakon Adjie Pangestu namun hubungan mereka berakhir selepas adegan kedua pasangan itu berkelahi - dan aktor itu ditampar - menjadi viral.

Pendek kata, artis itu sering dicemuh kerana memberi pengaruh buruk kepada masyarakat terutama generasi muda yang sering mengikuti idola mereka.

Menurut Bella, dia tidak akan membiarkan haters bertindak keterlaluan malah perbuatan mereka yang menyakiti hatinya juga tidak akan dimaafkan.
“Saya mengerti, sebagai seorang idola, saya tidak lepas dari haters.

“Tetapi selain saya, ada keluarga, orang tua, saudara akan terjejas dan itu amat merugikan,” katanya.

Kenyataan Bella itu dikeluarkan ketika dia ditemui media di balai polis Metro Jaya di Jakarta semalam untuk mengadukan masalahnya kepada pihak berkuasa tentang beberapa pembencinya di Internet.

Menurut media, penyanyi itu dilihat hadir bersama pengurus dan peguamnya Sufrensi A Manan.


Dalam kenyataannya kepada media, Bella mengakui dia sengaja melaporkan haters yang sering melakukan provokasi selepas bersabar selama lima bulan.

"Sejak dari awal saya diam saja, tetapi lama-kelamaan ia semakin keterlaluan dan saya mengalami gangguan emosi.

"Ia mengakibatkan saya tidak tenteram.

"Apa salah saya bekerja dengan baik? Saya masih dihina dan dizalimi," katanya.
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment