Pasangan selebriti, Azad Jasmin dan Eira Syazira telah terlibat dalam satu kemalangan berdekatan dengan terowong Menora, Ipoh yang turut membabitkan anak dan adik lelakinya.
Aktor lelaki berkenaan menyatakan kereta yang dipandunya telah berpusing sebanyak lima kali susulan daripada minyak tumpah di kawasan luar terowong itu.
“Kereta yang saya pandu terbabas sehingga berpusing sebanyak lima kali. Namun, saya bersyukur kerana kami sekeluarga tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun kereta saya hancur.
“Banyak hal yang berlegar di fikiran dan saya menyangka kereta itu akan jatuh ke gaung.
Saya sempat menoleh kepada adik lelaki saya di belakang sambil mengungkapkan kata-kata maaf kepadanya. Eira memegang erat anak perempuan kami di bahagian belakang dalam keadaan getir itu.
“Situasi menjadi bertambah getir apabila ada peminat melihat kami terlibat dalam kemalangan dan mahu bergambar,” katanya.
0 comments:
Post a Comment