Janet Jackson dilaporkan sudah memeluk Islam. Beberapa laporan di luar negara mengatakan penyanyi berkenaan begitu serius mendalami agama Islam termasuk sudah tampil dengan imej yang sopan dan mengawal gerak tariannya ketika meneruskan siri jelajah 'Unbreakable.
Kalau benar bagai dikata, Janet seakan mengikuti jejak adik beradiknya yang lain iaitu mendiang Michael Jackson dan Jermain Jackson. Raja Pop, Michael Jackson pernah dikatakan memeluk Islam ketika hayatnya tetapi tiada siapa yang dapat mengesahkannya apabila Jackson meninggal dunia pada 2009.
Hal itu diakui abangnya, Jermaine Jackson yang lebih dulu memeluk Islam. Sumber yang berkongsi dengan akhbar The Sun memberitahu, Janet yang juga isteri kepada ahli perniagaan kaya, Wissam Al Mana begitu menghormati Islam. "Dia sudah seperti menemui hidup baharu dengan agama Islam. Malah keluarganya juga merestui keputusannya itu.
Dia banyak menghabiskan masa dengan mempelajari serta mengkaji keindahan Islam itu sendiri," kata sumber. Janet juga dikatakan mengakhiri konsert jelajahnya dengan menyebut Insya-Allah.
0 comments:
Post a Comment