Kalau anda tidak familiar dengan American Ninja Warrior ianya sebuah rancangan tv yang memaparkan pelbagai atlet yang cuba melepasi halangan halangan yang sukar.
Bukan calang calang orang yang mampu melepasi semua halangan dalam rancangan tv ini. Bayangkan hanya selepas 7 musim baru ada yang berjaya menjadi pemenang American Ninja Warrior.
Peringkat ketiga dan terakhir yang digelar “Mount Midoriyama” antara yang paling sukar untuk dilepasi. Namum semalam bukan seorang yang berjaya tapi dua orang atlet berjaya melepasi halangan tersebut.
Ya, ini menjadikan American Ninja Warrior ada dua pemenang. Tapi pemenang utama ialah Isaac Caldiero dari Colorado yang berjaya menewaskan pencabarnya dalam pusingan penentuan iaitu memanjat tali setinggi 75 kaki dengan catatan masa 3 saat lebih pantas. Kejayaan Caldiero membolehkannya membawa pulang $1 juta USD.
Bagaimanapun, jelas Isaac Caldiero anda tidak akan melihat dia menaiki kereta Ferari yang baru, tetapi dia harus bijak untuk menggunakan wang tersebut untuk pelaburan dan membuat duit itu bertambah.Katanya juga dia lebih berminat dalam sektor saham.
Walaupun wang kemenangannya begitu banyak yang tidak pernah dia lihat, tetapi selepas cukai, ia tidak akan betul-betul menjadi jutawan, ujar Caldiero. Selain daripada $ 3,000 dia berhutang pada Subaru, dia tidak mempunyai apa-apa hutang lagi. Jadi beliau merancang untuk berkongsi kemenangan dengan keluarganya, menggantikan motor Dodge Jamboree RV pada 1978, dan menggunakannya untuk melabur untuk menyokong gaya hidup yang tertumpu kepada perjalanan dan mendaki di seluruh negara dengan teman wanitanya.
Tonton aksi mengagumkan beliau pada peringkat akhir di bawah.
0 comments:
Post a Comment