Sejak dari semalam kalau kita lihat jerebu makin lama makin tebal sehingga boleh menjejaskan kesihatan kita. Antaranya, Chef Wan yang terjejas kesihatannya dengan kesan jerebu tersebut.
Selsema, batuk dan sakit tekak menyebabkan Chef Wan terus ‘membawa diri’ ke Australia. Hmm, kalau kami banyak duit pun kami juga akan buat perkara yang sama, best betul jadi Chef Wan ni.
Menurutnya, kesan daripada jerebu tersebut membuatkan Chef Wan terkena symptom sinus. Maklumlah mungkin dengan keadaannya tak kuat macam kita ini, mudah terkesan dengan gejala sinus ini.
Jadi, untuk kita yang ada kat Malaysia ini, banyakkan lah minum air dan kurangkan aktiviti luar. Kepada Chef Wan, enjoy your holiday!
0 comments:
Post a Comment