Comel!! - Farah AF2 Selamat Lahirkan Baby Girl..

 

Masih tidak terlambat rasanya untuk mengucapkan tahniah kepada Farah dan suaminya,  Johan Johari yang baru saja menimang cahaya mata kedua. Menurut sumber, bekas bintang AF musim kedua ini telah selamat melahirkan bayi perempuan pada pagi kelmarin.

Bayi seberat 3.45 kilogram itu telah dilahirkan secara normal kira-kira jam 9.31 pagi bertempat di Island Hospital, Pulau Pinang. Untuk makluman, anak pertama pasangan ini bernama Elsa Johan telah dilahirkan pada 15 Ogos 2012 dan mereka telah bernikah sejak 15 Julai 2011.


Farah dalam masa yang sama amat bersyukur kerana segalanya berjalan dengan lancar dan selamat walaupun terpaksa berdepan dengan beberapa hal tak terduga ketika proses bersalin. Ditanya mengenai nama bayi perempuan itu, pasangan ini masih belum memberikan sebarang nama dan akan berbuat demikian setelah tiba hari ketujuh.

Di laman sosial kesemua peminat amat gembira dengan perkabaran baik itu dan ada juga yang sudah tidak sabar melihat Farah Junior membesar. Mesti comel macam ibunya bukan? Turut sama meluangkan masa melawat Farah dan bayinya itu ialah rakan artis iaitu Marsha Milan Londoh.


Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment