Tahniah kami ucapkan kepada pasangan yang telah mendirikan rumah tangga pada tahun ini kerana bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi. Shah Jaszle melalui Mangga Online memberitahu bahawa kini isterinya sudah pun hamil empat bulan.
“Memang tidak sabar menunggu kelahiran cahayamata pertama. Saya sudah bersedia menjadi seorang bapa meski ramai yang cakap masa tidur akan kurang apabila ada anak nanti. Sekarang pun saya sudah biasa melayan anak-anak saudara di rumah”
“Jadi rasanya tidak ada masalah untuk menjaga anak sendiri nanti. Syukur rezeki semakin bertambah selepas berkahwin. Malah dengan ada isteri di sisi, kehidupan menjadi terurus dan saya rasa lebih tenang,” terang Shaz kepada portal hiburan tersebut.
Semoga segala persiapan dan juga urusan oleh keluarga ini nanti akan dipermudahkan menjelang hari kelahiran. Pastinya peminat juga tidak sabar berkongsikan berita gembira ini.
0 comments:
Post a Comment