Isu Gambar Bogel, Che Ta Tampil Beri Perjelasan


Baru-baru ini telah tersebar gambar separuh bogel Che Ta di laman sosial, bagaimanapun pelakon berkenaan tampil menjelaskan bahawa gambar yang tersebar tersebut bukanlah dirinya malah tidak melatah dengan perkara tersebut.

“Kakak saya telah menghantar gambar separuh bogel itu kepada saya minggu lalu. Namun saya sama sekali tidak terkejut dengan gosip sebegini kerana segala-galanya tidak mustahil di zaman teknologi sekarang. Saya bukan muda lagi untuk melakukan perbuatan sedemikian, malah saya juga sibuk bekerja, tiada masa untuk berbuat begitu”

“Saya tidak terkesan dengan penyebaran gambar itu kerana saya tahu itu bukannya diri saya. Saya tunjuk kepada Zain pun dia tergelak. Lucu melihatkan kreativiti sesetengah pihak menggunakan teknik ‘superimpose’ kelihatan seperti benar”

“Namun apa yang penting, kami sendiri tahu perkara ini tidak benar. Saya enggan melatah kerana
bukan pertama kali perkara begini terjadi kepada saya,” jelas Che Ta kepada BH Online.

Nampaknya masih ada lagi insan yang tidak habis-habis mahu menjatuhkan pihak lain. Malah Che Ta nampaknya cukup tenang menghadapi perkara sebegini dan mungkin juga boleh menjadi contoh kepada selebriti yang baru menjengah dunia hiburan agar tidak cepat melatah jika diusik kontroversi.
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment