Sebelum ini telah berlegar dakwaan di media sosial mengenai jenama tudung Neelofa telah meniru rekaan sebuah jenama tudung lain. Perkara tersebut jelas sekali menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pihak yang mengatakan bahawa rekaan tudung tersebut sudah dipatenkan.
Sementara itu, Neelofa menyifatkan pihak yang menuduhnya menciplak rekaan tudung keluaran syarikat lain adalah tindakan tidak profesional.
“Sebagai salah seorang pengarah serta pengasas NaelofarHijab, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menjelaskan isu ini. Jika benar pihak berkenaan ikhlas ingin mencari penyelesaian, bukanlah dengan memperbesarkan atau menyuarakan ketidakpuasan hati di media sosial kerana ia tidak mendatangkan sebarang manfaat”
“Jika pihak itu merasakan yang mereka mempunyai bukti yang kukuh, adalah digalakkan supaya hal ini dapat dikendalikan secara lebih profesional dan bertindak melalui saluran yang betul dengan meminta peguam mereka menulis secara rasmi atau berhubung terus dengan ‘team’ perundangan syarikat kami”
“Saya telah menyatakan dengan baik, kepada individu tersebut (pengasas Sugar Scarf) apabila beliau menghubungi saya secara peribadi agar terus berhubung dengan peguam syarikat agar perkara ini dapat dileraikan dengan rasional dan lancar,” jelasnya kepada mStar Online.
Tambah pelakon tersebut, pihak terbabit itu memilih untuk terus mengeruhkan keadaan di media sosial. Sementara itu dalam masa yang sama Neelofa juga memohon bukti bahawa rekaan tersebut sudah dipatenkan dikemukan.
“Sekiranya produk yang dinyatakan sudah dipatenkan oleh pihak tertentu, sila kemukakan bukti. Setahu kami produk ini belum berpaten atau menjadi hak milik mana-mana syarikat,” katanya.
0 comments:
Post a Comment