Mengapa Anda Patut Merasai Suasana Hari Raya Aidiladha Di Kelantan

Sudah sedia maklum ramai yang mengatakan kemeriahan Hari Raya Haji atau Hari Raya Aidiladha di Kelantan lain dari yang lain, malah lebih meriah dari Hari Raya Aidilfitri. Memang ia tidak dapat dinafikan.

Paling ketara adalah suasana ibadah korban itu sendiri. Korban biasanya diadakan di tepi rumah yang diketuai oleh ketua kumpulan masing-masing.

Kemesraan jiran dan keluarga dapat dirasa apabila bermulanya acara korban sehingga daging diagihkan. Acara lapah juga dilakukan sendiri oleh mereka yang berkorban dan aktiviti tolong menolong menjadikan ukhwah mereka lebih erat.

Sultan Kelantan, Tuanku Muhammad Faris Petra sentiasa menyembelih sendiri lembu korban setiap tahun

Di Kelantan, boleh dikatakan setiap keluarga akan mengambil bahagian dalam ibadah korban sekaligus menjadikan kuantiti lembu korban di Kelantan agak banyak. Acara ziarah dan agihan daging juga dapat dirasa sesama jiran dan keluarga.

Kemuncak kemeriahan sudah tentulah hidangan daging korban yang segar dan manis seperti daging singgang, colek perut, sup tulang dan sebagainya.

Perkataan seperti daging musir, perut kitab, torpedo, belulang dan lain-lain akan terus kedengaran sepanjang ibadah ini. Jika ingin merasai suasana itu, datanglah ke Kelantan.
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment