PANAS MELETUP!! Bekas Pelajar #AF2015, Ifa Akui Menyukai Hazama


Bekas pelajar Akademi Fantasia 2015 (#AF2015) iaitu Ifa akui yang dia sukakan juara AF9 iaitu Hazama.Namun pengakuan `suka` dari Ifa itu hanyalah atas dasar kagum di atas bakat dan personaliti Hazama sendiri dan bukannya di atas dasar cinta.

Itulah salah satu dari 10 perkara menarik yang boleh baca mengenai Ifa atau nama sebenarnya Sharifah Nabilah Syed Azhar yang berasal dari Kedah ini.
Berikut adalah 10 fakta menarik tentang Ifa #AF2015:

1) Bintang AF yang paling diminati Ifa ialah Hazama, yang juga turut menjadi inspirasinya                     menyertai #AF2015. Sayangnya Ifa telah menjadi pelajar pertama yang tersingkir.
2) Pengalaman paling berharga dalam #AF2015 bagi Ifa ialah ketika pertama kali menari lagu                 Menuju Puncak dalam konsert penentuan dikhalayak ramai.
3) Cinta monyet pertama Ifa ialah ketika dia menyambung pengajian di Universiti Pendidikan                Sultan Idris (UPSI). Kata Ifa dia dan bekas kekasihnya itu sempat bercinta selama sebulan                   sebelum putus tanpa sebab yang munasabah.
4) Kenangan paling manis semasa kecil bagi Ifa ialah ketika dia dan keluarganya bercuti ke                     Langkawi.
5) Ifa juga akui yang dia tidak ada musuh atau lawan semasa zaman persekolahannya. Mungkin               sebab Ifa ni budak baik kot.
6) Harta paling disayangi Ifa ialah keluarganya. Tidak ada harta benda yang boleh menggantikan             nilai satu keluarga.
7) Pengalaman paling seram Ifa ialah ketika salah seorang rakan serumahnya dirasuk sewaktu                 menuntut UPSI.
8) Tabiat sebelum tidur Ifa ialah dia suka memicit hidung. Apabila ditanya mengapa dia gemar               berbuat demikian, dia juga tidak tahu tetapi mengakui itu habit atau tabiatnya.
9) Artis pilihan Ifa untuk berduet jika diberi kesempatan suatu hari nanti ialah Jay Jay. Sebabnya             ialah bapanya amat meminati penyanyi serta pemuzik senior tersebut.
10) Jika mempunyai kuasa yang luar biasa, Ifa berkata dia ingin memiliki kuasa untuk melihat masa         depan. Mungkin kerana dia mampu menentukan hala tuju hidupnya.
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment