Status Seorang Netizan "Makan Dalam" Tentang Filem Malaysia


STATUS yang dimuat naik oleh seorang netizen di laman sosialnya semalam, ternyata menarik perhatian peminat dan pemerhati filem serta drama di Malaysia.

Status yang dimuatnaik di akaun Facebook Nur Izati Nazira bagi menyatakan pendapat tersendiri mengenai filem tempatan itu digemari ramai kerana ianya bagai mewakili apa yang ada dalam fikiran orang lain juga.

Ianya berpunca daripada kenyataan menyatakan FINAS akan menghantar filem Malaysia ke Academy Awards bermula tahun hadapan.

“Nanti dorang pelik sebab filem Malaysia semuanya pasal anak orang kaya, ada syarikat, jadi ceo syarikat, rumah besar, terlanjur.. dan setiap kali sarapan “eh man sarapan la dulu” “takpalah mak man dah lambat.”

Apa pun ini diharapkan orang dalam industri perfileman tak makan hati dengan kenyataan lawak sebegini dan ambil dari sudut positif.

Kalau nak nak kata status ini tak betul agak-agaklah.. takkan hampir semua yang baca status ini boleh tergelak sebab dapat rasakan kebenarannya betul tak?

Jadi kepada para pembikin filem sekalian, tolonglah hidangkan kami peminat filem sesuatu yang lebih menarik dan di ‘luar kotak’ selepas ini dan kami janji akan lebih menyokong filem-filem tempatan.

Apa pun, filem atau drama dari setiap negara lazimnya memang melambangkan ciri-ciri kehidupan sesebuah negara itu kerana ia dapat menarik perhatian orang yang menontonnya.

Namun, adakah benar anak-anak muda di Malaysia ini ramai yang dilahirkan serba-serbi kaya seperti yang dipaparkan dalam filem atau drama sekarang?

Sememangnya tidak kerana seperti yang kita sendiri tahu, anak muda kini bergelut serta ada yang terkial-kial untuk berjuang demi kehidupan masing-masing, lebih-lebih lagi dengan taraf ekonomi terkini.

Lagi pula, banyak lagi isu lain yang boleh diangkat menjadi subjek filem dan masih melambangkan ciri-ciri budaya kehidupan di sini.

Jika dilihat dari sudut lain, mengapa filem dari negara jiran seperti Indonesia, Filipina, Korea dan Thailand pun banyak yang memainkan subjek ‘klise’ namun masih mampu bertanding di peringkat dunia?

Contohnya Korea penuh dengan adegan menangis tetapi masih mendapat perhatian ramai. Tidak kurang di Thailand juga, pengisian watak-watak pondan dalam kebanyakan filem dan drama mereka, pun ‘klise’ juga bukan?

Tapi mengapa ia masih mampu diadun menjadi filem yang bagus dan diakui di peringkat antarabangsa. Fikir-fikirkan.
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment