Sebaik sahaja sampai ke sebuah taman perumahan, saya memberhentikan kereta untuk bersiap-siap sebelum masuk waktu isya'.
Semasa duduk beristirehat menantikan laungan azan, terdengar bacaan al-Quran yang merdu daripada seorang anak muda warga asing.
Suaranya lunak, takwidnya baik dan lagunya membayangkan dia adalah seorang hafiz atau banyak menghafaz al-Quran.
Saya menemubual anak muda ini, jelas bahawa beliau adalah seorang pelarian Rohingya yang telah dididik dengan al-Quran oleh ayah dan ibunya sendiri yang kini adalah pelarian Rohingya di Chittagong, Bangladesh.
Biar pun beliau hanyalah seorang buruh yang keseorangan dan hampir sehelai sepinggang di sini, jiwanya kelihatan tenang dan bahagia bertemankan al-Quran dan beriktikaf di masjid di kebanyakan masa lapangnya.
0 comments:
Post a Comment