Merasai manis perkahwinan bersama, Puteri Sarah Liyana menyatakan sang suami, Syamsul Yusof pernah menyatakan hasrat untuk menunaikan haji selepas beroleh cahaya mata selain memberitahu mereka akan menunaikan umrah buat kali ketiga, Januari tahun hadapan.
“Ini satu perkara yang menggembirakan. Memang tidak sabar untuk pergi sekali lagi tetapi tunggu Syamsul habiskan dahulu penggambaran untuk filem baharunya. Jika kami jadi pergi maksudnya kami akan pergi buat kali ketiga bagi mengerjakan ibadah umrah”
“Tentang haji pula, kami memang ada perancangan juga, sama macam orang lain. Cuma buat masa sekarang, kami belum menemui masa yang sesuai kerana persediaannya tentulah lebih besar dan mengambil masa, jadi kena betul-betul bersedia”
“Syamsul juga pernah berkata, kami bernazar untuk menunaikan haji selepas dikurniakan cahaya mata,” jelas Sarah selain menjelaskan dia tidak tertekan dengan perkara tersebut kepada Utusan Malaysia. Semoga apa yang dihajati pasangan ini akan dimakbulkan dan dipermudahkan oleh-Nya.
0 comments:
Post a Comment