“Lahirmu Jumaat Pergimu Jua Jumaat”-Luahan Sebak Adik Mangsa Kren Tumbang Di Masjidil Haram
Kejadian kren jatuh dan menimpa jemaah Haji di Masjidil Haram ternyata menggemparkan seluruh dunia. Namun, ajal maut itu di tangan Allah SWT. Adik kepada salah seorang mangsa yang terkorban, Siti Nuroshlizan Zolkifli harus redha dengan pemergian kakaknya.
Lahirmu Jumaat pergimu jua Jumaat…
Zae… aku cuba ganti tempatmu utk jaga eiman dan yg lain dengan kekuatan adik2 yg lain… kini aku yg sulung… 1001 kebetulan terungkai disebalik perbualan dan dlm wasap..
Apa yg pasti percaturan Allah tidak pernah salah dan tidak akn salah… Mung Insan Terpilih.
Aku ingat aku yg pegi dulu sbb aku dah sediakan senarai semak dan listing utk isteriku bersedia jika aku tak de (risiko aku lg tinggi dr segi pandangan mata kasar).. mung juga kata nak buat senarai semak yg sama…
Allahuakbar…
Alfatihah untuk kekanda yg aku panggil Zae
0 comments:
Post a Comment