KELANA JAYA: Tiga lagi jemaah haji Malaysia disahkan terkorban dalam kejadian kren tumbang di Masjidilharam, Makkah pada Jumaat lalu, menjadikan semua empat orang sehingga tengah malam ini.
"Pada jam 6 petang (Ahad) waktu (Arab) Saudi, Tabung Haji mengenal pasti tiga lagi jenazah.
"Mereka ialah Siti Nurolshlizan Zolkifli, 37; Rohana Ismail, 54, dan Munah Jusoh, 73," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada sidang media di Kompleks Tabung Haji di sini, sebentar tadi.
Awal hari ini, Rusiah Suar, 56, disahkan sebagai jemaah Malaysia yang pertama terkorban dalam insiden itu.
Sementara itu, Jamil Khir berkata, seorang jemaah, Abdul Muluk Ishak, 71, yang hilang sudah dijumpai semula.
Selain itu, tiga lagi jemaah haji Malaysia yang masih dikesan iaitu Shahidan Saat, 52, dari Kodiang, Kedah; Abdul Habib Lahman, 68, dari Sik, Kedah dan Zainun Taha, 69, dari Ampang, Selangor.
Anak kepada Abdul Muluk Ishak, 71, jemaah Malaysia yang dilaporkan hilang selepas kren tumbang di Masjidilharam, Makkah, Jumaat lalu, tetapi disahkan selamat. Abdullah Mubarak berkata, beliau mengakui gementar ketika menonton siaran langsung sidang media oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, sebentar tadi.
"Saya begitu 'suspen' dan gementar terutama ketika Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menyerahkan telefon bimbit kepada Menteri yang saya sangka (abah) macam dah tak ada (meninggal dunia) tetapi rupa-rupanya Menteri umumkan abah ditemui di penginapan jemaah Thailand dan selamat.
Sunber : Berita Harian
0 comments:
Post a Comment