(VIDEO & GAMBAR) Ekoran Ribut Kuat, Kren Terbalik Dan Menimpa Masjidil Haram


RIYADH: Sekurang-kurangnya 65 jemaah haji maut, manakala lebih 154 cedera apabila sebuah kren
tumbang di Masjidilharam dalam kejadian ribut semalam, kata Pertahanan Awam Arab Saudi menerusi Twitter.

Kejadian pada jam 4.30 petang itu berlaku 11 hari menjelang hari wukuf di Arafah yang dijadual pada 22 September ini.Sumber tempatan berkata, kejadian angin kencang dan ribut menyebabkan kren terbabit tumbang.Bagaimanapun, tiada sebarang butiran lanjut mengenai mangsa yang maut dan kerakyatan.


Umat Islam menunaikan rukun Islam kelima yang bakal berakhir hujung bulan ini, dan pihak berkuasa Arab Saudi berusaha melakukan pelbagai persediaan bagi menerima jutaan jemaah dari seluruh dunia.

Tahun lalu, kerajaan Arab Saudi mengurangkan jumlah jemaah untuk menunaikan haji atas sebab-sebab keselamatan berikutan kerja pembinaan untuk membesarkan Masjidilharam.

Difahamkan empat jemaah haji Malaysia dilaporkan cedera dalam kejadian itu dan sehingga semalam seramai 16,944 jemaah haji Malaysia dilaporkan sudah berada di Tanah Suci.









Sidang media dijangka akan diadakan oleh Pengurus Besar Kanan Haji Tabung Haji merangkap
Ketua Rombongan Haji Malaysia 1436 Hijrah, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman.






Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment