Tersebarnya gambar Zul Ariffin bersama dengan Zahirah MacWilson baru-baru ini mencetuskan tanda tanya sama ada mereka menjalin sebarang hubungan bagaimanapun perkara tersebut dinafikan sendiri oleh Zahirah.
“Saya sebenarnya tidak mengetahui mengenai perkara ini sehingga anda meminta komen saya dan sudah tentu saya terkejut. Ini kerana saya dan Zul hanya rakan biasa dan kami berjumpa pun secara kebetulan selain tidak berbual panjang pun ketika berjumpa tempoh hari”
“Saya tidak tahu apa niat individu tersebut mengambil gambar curi kami dan menyebarkannya tetapi hubungan kami memang sekadar kawan biasa sahaja,” jelasnya sambil menyatakan bahawa dia terjumpa Zul di pusat beli belah One Utama sebaik sahaja pelakon lelaki berkenaan keluar daripada pusat kecergasan.
Menurut Zahirah, mereka mula berkenalan dan menjadi kawan biasa sejak bersamas-sama terlibat dalam sebuah penggambaran drama di Langkawi sebelum ini. Semoga jawapan Zahirah ini memberi gambaran sebenar kepada peminat mengenai status mereka berdua.
0 comments:
Post a Comment