Bapa kepada penyanyi lagu Sakitnya Tuh Disini, Cita Citata meninggal dunia pada Isnin lalu berikutan serangan kanser selepas dua bulan terlantar sakit. Berikutan itu, Cita atau nama sebenarnya Cita Rahayu, 21, menangguhkan persembahannya di Pontianak, Kalimantan dan bergegas pulang ke Bandung untuk memberikan penghormatan terakhir.
Bapa Cita iaitu bekas pengusaha kasut, Herdi Suwito dikatakan sudah lama menderita penyakit kanser dan dirawat di sebuah hospital di Bandung.
Cita menerusi akaun sosial Instagram miliknya berkongsi berita duka itu namun menerima perkhabaran sedih itu dengan hati yang tenang. "Ayah sekarang sudah tidak menderita menahan sakit lagi...Semoga roh ayah tenang di syurga. Cita sayang ayah," tulis Cita. Penyanyi terbabit bukan hanya popular di Indonesia turut mencetuskan fenomena di Malaysia selepas Sakitnya Tuh Disini menjadi siulan ramai.
Kisah peribadinya juga hangat diperkatakan berikutan status janda pada usia 18 tahun.
0 comments:
Post a Comment