Bon Jovi Gamatkan Stadium Merdeka Dengan Its My Life!!


Konsert Bon Jovi Live In Malaysia, di Stadium Merdeka, di sini, malam tadi, berlangsung dengan penuh meriah apabila menerima kehadiran lebih daripada 30,000 peminat.

Keadaan berjerebu yang melanda negara tidak menghalang penonton pelbagai peringkat usia untuk memenuhi stadium seawal jam 5 petang semalam. Masing-masing tidak sabar untuk melihat vokalisnya, Jon Bon Jovi, David Bryan (keyboard) dan Tico Torres (dram) beraksi di atas pentas.Tanpa melengahkan masa, konsert dimulakan pada tepat jam 8.30 malam dengan nyanyian lagu Who Says, Lost Highway serta Whole Lot Of Leavin'.


Kemudian, konsert diteruskan dengan persembahan bertenaga menerusi lagu-lagu popular mereka seperti Raise Your Hand, Bad Name, Born To Follow, We Don't Run, Its My Life dan Because We Can. Paling meriah adalah apabila Jon menyampaikan lagu wajibnya, Its My Life, yang membuatkan seluruh peminat berdiri melaungkan bait-bait lirik bersama. Tidak menafikan, rata-rata peminat yang hadir berpuas hati dengan 19 lagu yang dipersembahkan.

Kumpulan legenda dari Amerika Syarikat ini menutup konsert dengan lagu Have A Nice Day dan Prayer. Mengimbas kembali, kali pertama kumpulan ini berkunjung ke Malaysia pada 4 Mei 1995 sempena konsertnya di Stadium Shah Alam, Selangor.

Selepas 20 tahun, barulah kumpulan rock ini kembali mengubati rindu barisan peminatnya di sini.

Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment