Polis Cari Dua Individu India Bantu Kes Kevin Morais


Polis menyiarkan dua gambar individu yang kini sedang dicari bagi membantu siasatan berhubung pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya, Kevin Anthony Morais, sebentar tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad, berkata individu pertama dikenali sebagai M Vishwanath, 25, yang alamat terakhirnya di Taman Desa Karangan, Sungai Karangan, Kedah. "Seorang lagi individu yang dicari dikenali sebagai R Dinishwaran, 23, yang alamat terakhirnya di Estet Batu Pekaka, Kedah.

"Kedua-duanya mereka amat dikehendaki polis kerana dipercayai dapat membantu membantu siasatan kita berhubung pembunuhan Kevin," katanya.

Katanya lagi, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kedua-dua individu berkenaan diminta tampil di mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan Wan Abdullah di talian 012 3482737.

Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment