Rajin betul peminat hiburan ini kadang kadang meneliti cara pemakaian selebriti di kaca televisyen sehingga boleh timbulkan isu yang bukannya isu pun. Bukan sekali dua dan yang terbaru, pemakaian Fouziah Gous di program Nona hujung minggu lalu menjadi perhatian.
Peminat di sebuah forum hiburan kongsikan beberapa gambar yang khabarnya menunjukkan busana Fouziah Gous yang ketat sehingga menampakkan pakaian dalam yang dipakai. Bercakap kepada mStar Online, pengacara juga pelakon ini nyata kesal dengan isu tersebut.
“Saya tidak rasa nampak pakaian dalam kerana saya memakai singlet dan jika penampilan saya itu tidak sesuai pasti ditukar oleh produksi yang sentiasa peka terhadap aspek pemakaian”
“Sebab itu saya kata isu itu sengaja diada-adakan kerana sepanjang mengendalikan Nona pihak produksi memang meneliti apa yang akan saya pakai tambahan pula penerbit saya pun seorang wanita yang bertudung,” ujar Fouziah Gous.
“Jujurnya saya tidak tahu isu pakaian berkenaan hebat diperkatakan kerana saya tidak membaca blog atau pun forum kerana blog dan forum sengaja mencipta atau mencari sesuatu perkara untuk disensasikan,” tambahnya lagi.
0 comments:
Post a Comment