Hafiz Suip Dan Pasangan Adakan Majlis Perkahwinan Ikut Kemampuan Hanya Di Sarawak


Bakal melangsungkan majlis pernikahan pada 14 Mei tahun hadapan, Hafiz Suip menyatakan bahawa dia kini sudah pun membuat persiapan awal untuk majlis tersebut selain menyatakan bahawa majlis resepsi kedua belah pihak hanya akan diadakan di Sarawak.

“Memang saya dan Nureffy sudah setuju untuk mengadakan resepsi kami di Sarawak sahaja. Bukan apa, kasihan pula kalau ada saudara saya yang tidak boleh turun ke Kuala Lumpur untuk menyaksikan majlis kami nanti,” jelasnya kepada Utusan Online.


Sementara itu, penyanyi ini juga mengatakan dia tidak menerima sebarang penajaan daripada mana-mana pihak bagaimanapun dia sendiri tidak mengharapkan perkara tersebut dan mengadakan majlis di atas kemampuan sendiri.

“Saya tidak mahu mengharap soal itu, kalau ada, saya anggap rezeki. Kalau tiada pun tidak mengapa memandangkan kami berdua sudah bersetuju untuk mengadakan majlis kami mengikut kemampuan kami berdua,” ujarnya. Apa pun, semoga majlis yang bakal berlangsung nanti akan berjalan lancar tanpa sebarang masalah.
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment