Umum mengetahui bahawa Uqasha Senrose dan juga Syafiq Kyle sebelum ini pernah menjalin cinta namun entah apa yang tidak kena, hubungan mereka menjadi renggang sehinggalah laporan daripada ruangan gosip Cik Pang di Metro Ahad menyatakan hubungan mereka kembali bertaut.
Menurut sumber Cik Pang, pasangan tersebut pada mulanya ditemukan di dalam satu telefilem. Walaupun pada mulanya kedua-dua mereka bagai main tarik tali namun akhirnya mereka bersetuju untuk digandingkan bersama.
Kemudian apabila sampai babak sedih putus cinta di antara mereka, Syafiq dikatakan menangis bersungguh-sungguh sehingga bengkak mata. Maka bermula dari babak air mata itu, hubungan mereka kembali bertaut dan tidak dingin seperti hari pertama pertemuan.
Malah mereka juga turut menghabiskan masa bersama apabila tiba waktu rehat atau pun ketika penggambaran dihentikan. Jika benar apa yang diperkatakan ini, semoga hubungan baik antara Uqasha dan juga Syafiq akan terus kekal biar pun atas dasar berkawan. Iqram Dinzly pun berkawan dengan Uqasha juga’kan? Eh. Gurau saja.
0 comments:
Post a Comment