Anzalna Nasir Dan Hanif Zaki Bakal Akhiri Zaman Bujang Awal Tahun Hadapan


Sebelum ini Anzalna Nasir pernah menjelaskan bahawa dia kini sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan dan baru-baru ini, Anzalna sendiri telah memaklumkan bahawa dia akan bernikah bersama pilihan hati, Hanif Zaki pada awal tahun hadapan.

Pengumuman itu dibuat secara terbuka ketika dalam program hiburan terbitan Astro, Apa Kata Malaysia kendalian pengacara terkenal, Aznil Nawawi. Mereka akan bertunang dan bernikah pada hari yang sama.

“Selepas ini saya ingin mengambil masa untuk memanjakan diri sebagai persediaan sebelum mendirikan rumah tangga,” jelas Anzalna selain turut menyatakan bahawa dengan sifat sabar dan kepercayaan yang diberikan oleh Hanif, Anzalna mengharapkan impian perkahwinannya itu akan menjadi kenyataan.


“Hanif sangat memahami saya dan sentiasa meletakkan kepercayaan ?tinggi terhadap saya membuatkan saya berasa selesa. Lagipun kami telah berkenaan dan bercinta sebelum saya menjadi artis. Alhamdulillah, sepanjang empat tahun bercinta, nak kata bergaduh tu, kurang tiga kali je kot..” gurau Anzalna.
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment