Bekas pelajar Akademi Fantasia (AF) musim ketiga, Marsha baru-baru ini menerusi Sinar Harian Online memberitahu bahawa dia selesa dikelilingi oleh rakan-rakan yang beragama Islam.
Penyanyi dan pelakon itu juga turut mengakui secara tidak langsung, dia juga para masa yang sama turut mempelajari dan mengambil tahu mengenai agama Islam.
“Bagi saya tidak salah kalau kita mengambil tahu ajaran agama lain, tambahan pula saya sentiasa
dikelilingi sahabat yang beragama Islam. Rasanya sesuai juga saya belajar dan mengambil tahu sedikit untuk menghormati mereka sekali gus boleh meningkatkan lagi ilmu pengetahuan saya.
Setidak-tidaknya saya tahu batas pergaulan dan cara pertuturan saya dengan mereka,”katanya kepada portal berita itu.
Marsha pada masa yang sama turut meluahkan rasa gembiranya di atas penghijrahan rakan baiknya,
Stacy yang sebelum ini telah memeluk Islam.
“Tahniah kepada Stacy sebab dia berjaya mencari dirinya sendiri dalam keadaan yang aman. Sebagai teman, saya menyokong dan memberi galakan kepadanya kalau itu yang membuatkan dia bahagia.
Saya harap, orang luar tidaklah terlalu memberi tekanan buat dirinya kerana itu haknya untuk memilih jalan yang di tuju,” ujarnya.
Marsha turut muncul dalam filem terbaru lakonannya, 'Jwanita' karya Osman Ali dan bakal ditayangkan pada 24 September hadapan. Memegang watak sebagai Nona, 'Jwanita' turut dibarisi beberapa pelakon lain seperti Maya Karin, Bront Palarae, Christina Suzanne dan ramai lagi.
0 comments:
Post a Comment