Neelofa Tidak Halang Dan Selesa Hubungan Kakak Bersama Sharnaaz Ahmad


Jika sebelum ini Sharnaaz Ahmad ada mengatakan bahawa dia dan juga kakak kepada Neloofa, Nabila, tidak mempunyai sebarang hubungan, namun beberapa muatnaik gambar di antara dua pasangan ini dilihat menggambarkan bagaikan ada yang terjalin di antara mereka.

“Sejujurnya, pada peringkat awal perkenalan mereka, saya belum mengenali Sharnaaz secara dekat
kerana tidak berkesempatan untuk berbuat demikian. Kakak saya pula tidak pernah melarang saya
untuk berkawan dengan mana-mana lelaki, jadi saya juga tak berhak menghalangnya daripada mendekati sesiapa juga insan yang disenanginya”


“Tidak dinafikan Sharnaaz ialah jejaka yang baik dan bukan seperti didakwa oleh segelintir pihak.
Kadang kala, orang terlalu cepat menghukum seseorang itu tanpa mengenali individu berkenaan terlebih dulu”

“Saya percaya, setiap individu boleh berubah dan adalah tidak adil untuk kita menghakimi seseorang
itu berdasarkan kisah silamnya,” jelas Neelofa kepada BH Plus. Malah peminat juga nampaknya suka mereka bersama.
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment