Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bukan sahaja dikenali sebagai pemimpin Islam
yang hebat satu ketika dulu tetapi namanya sehingga kini menjadi sebutan masyarakat dunia kerana
keberaniannya yang dilihat lantang bersuara menempelak pihak barat.
Memang jika dilihat ada orang kita tidak suka dengan dia kerana perbezaan politik tetapi jika kita keluar negara bila sebut nama Malaysia sudah pasti perkara pertama yang mereka sebut 'Mahathir'
bukannya KLCC.
Namun kini beliau sudah bersara dari arena politik tetapi sekali sekala dilihat cuba memberi tekanan kepada arena politik semasa.
Setelah bersara dan berehat panjang, kini sudah pasti penampilannya dalam sebuah filem
ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia apabila kita boleh lihat Tun membintangi sebuah filem berjudul KAPSUL.
Filem yang dijangka akan ditayangkan pada 17 September ini akan mencatat sejarah kerana seorang yang pernah bergelar pemimpin nombor satu Malaysia bersetuju untuk terlibat dalam sebuah filem.
Mengakui rasa gementar, Tun Mahathir mengakui penglibatakn pertamanya ini meyebabkan dia terpaksa mengulangi beberapa kali dialog pada babak yang dilakonkannya dalam filem Kapsul.
“Saya menggeletar apabila disuruh berlakon buat pertama kalinya. Saya ingat hanya di suruh untuk bawa kereta tetapi disuruh pula berdialog dan saya ikut sahaja.
“Saya buat hanya satu hari sahaja. Saya terima untuk berlakon dalam filem ini setelah 1 tahun 3 bulan
filem ini disiapkan.
“Saya puas hati filem ini. Kalau yang ingin menilai dari segi lakonan saya, saya tak tahu nak letakkan
diri saya di mana kerana saya bukan pelakon,” katanya yang turut ditemani isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali ketika sidang media majlis pra tonton filem Kapsul, di Cineleisure The Curve.
Di dalam filem Kaspul yang diarahkan oleh Allahyarham Martias Ali ini, Tun Mahathir bakal muncul dalam lima babak berbeza.
Beliau dalam pada masa yang sama turut menaruh harapan agar lebih banyak karya sebegini dihasilkan supaya generasi tidak mudah akan asal usul perjuangan negara untuk menuntut kemerdekaan.
“Kena buat lebih banyak filem yang bergenre seperti ini supaya budak-budak tahu tentang perjuangan orang-orang terdahulu dalam menuntut kemerdekaan, kerana sekarang mereka buka mata terus melihat arus kemodenan yang dikecapi masyarakat sekarang,” ujarnya.
Filem Kapsul diterbitkan oleh Two Tones Sdn Bhd dan dibarisi pelakon seperti Faizal Hussein, Elly Mazlein, Jue Aziz, Zamarul Hisham, Datuk Rahim Razali dan Normah Damanhuri.
0 comments:
Post a Comment